reminder to self

whenever I saw a great movie, I want to be the one behind the screens
whenever I read a moving story, I want to be the one writing.
whenever I came across an amazing picture, I wanted to be the one taking that shot.
whenever I heard someone saved a life, I wanted to reach out and do the same.
and it all came down to this: I wanted to make a difference.

(help me do this)

20091110

fenwick

Aku ke library sorang-sorang tadi.
Study embryology on heart development.
Sambil-sambil tu menunggu seorang teman balik dari family visit dia
untuk dinner bersama-sama.
Lama juga ku stay, mula-mula laloq, then segar bugar nak study.
heh.

About 8pm ku meninggalkan library, sebab kata teman ku dia akan sampai
sepatutnya tak lebih pukul 8..
rupanya agak lambat.
Maka aku pun berjalan seorang diri di tengah malam,
tengah sejuk, tengah bandar yang kosong.
Typical UK, kedai semua tutup pukul 5.
Tak banyak yang bukak. Certain kedai makan lah kot.
Tapi memang lengang.
Berjalan dan menggigil, tak sure nak ke mana,
lalu decide untuk menuruni Northumbria Street seorang diri.

Berjalan dan decide untuk menapak sekejap depan Fenwick.
Fenwick dah tutup. Aku tak pernah masuk dan tak berniat nak masuk pun.
Aku cuma tertarik pada apa yang ada di luar kedai.
Display patung-patung sempena Krismas yang bakal menjelang.
Tertarik dengan muka-muka ala Arabic.
Lelaki berserban. Perempuan bertudung.
Ada raja dan penghiburnya.
Aku tertanya-tanya siapa watak-watak itu semua.
Semestinya ada cerita di sebaliknya,
di sebalik Christmas Carol yang berulang-ulang di pasang.
Patung-patung tu, aku tengok,
reminds me of Islam. Lelaki berserban. Perempuan bertudung.

Mula-mula tak ramai yang ada.
Aku jalan dan tengok.
Orang datang dan pergi. Ada masa ramai.
Ada yang melihat penuh minat.
Ada yang menyanyi kuat dengan riang mengikut lagu yang dipasang tu.
Riang.

Riang menyambut kelahiran Jesus of Nazareth.
Terfikir, kita riangkah dengan kelahiran Muhammad bin Abdullah?
Mereka ada Christmas.
Saling memberi hadiah.
Selalu ada movie yang mesejnya adalah the true meaning of Christmas.
Kita, ada apa?
Ceramah. Selawat ramai-ramai.

Islam membosankan?

Jiwa Islam tak diisi dengan nyanyian dan hiburan.
Jiwa Islam diisi dengan keinginan kepada kasih sayang-Nya.
Jiwa Islam diisi dengan kesyukuran pada kenikmatan dari-Nya.
Kenikmatan didatangkan hidayah dengan perutusan dari-Nya.
Takkan bosan hati yang bertaut pada-Nya.
Kebosanan itu datang bila jiwa tak terisi.
Buatlah apa pun, andai jiwa tak terisi, tetap bosan.
Takda makna. Tetap akan datang.

Aku melihat mereka.
Mereka melihat patung-patung itu.
Patung itu macam bermakna buat mereka.
Aku melihat mereka, aku mencari makna.
Makna aku dan mereka.
Antara aku dan mereka, apa beza?


Christmas Carol terus berulang dan berulang~




Ingin diisi dan mengisi,

2 ex[sight]s:

adlan wafi said...

wan, post ni mcm cerpen...huhu. ade nilai estetika tersendiri ;)

wankhai said...

christmas carol...huhu. berserban bertudung itu watak2 di Israel lampaula....yang ala2 Arabic sebenanarnya ala-ala Jewish face. hehe. since Iesus Nazarenus is a Jew-

dan watak2 masa kelahiran Jesus termasuk juga the Three Magi: Casper, Balthazar, Melchior. Tiga magi yang datang dari Timur Jauh dan mengesahkan divinity the Jesus of Nazareth.dan obviously juga Saint Joseph the Carpenter tunang Virgin Mary , dan kisah Virgin Mary sendiri sebagai Theotokos ( God-bearer)

sepertimana Christmas dipenuhi dengan tradisi pagan Yule dan sekularisme terkemudiannya, begitu jugalah perayaan kita.

tetapi hikmah itu mujur masih ada, buat mereka yang mahu mencari erti.

kelahiran Jesus of Nazareth dan watak-watak di sekitarnya kelihatan begitu rapat dan harmoni- suatu keluarga mesra yang hakikatnya makin dilupakan penganut Kristian sendiri yang kian individualistik dan hedonis.