Joging, hampir tiap hari masa menuju final di KMB.
Di rumah, lain cerita.
Semakin menuju result, dan juga lepas dapat result,
semangat berjoging kembali.
Heh. Seremban 2 City Park jadi tempatnya.
Taman ni, pada ku, agak best.
Macam-macam orang dapat ku jumpa.
Tempat perkumpulan banyak manusia,
macam-macam umur, pemikiran dan latar belakang.
Dan macam-macam aktiviti masing-masing.
Dan aku hanya penonton drama mereka.
Ada yang sekadar melepak di tempat parking motor.
Berbual dengan teman, mahupun seorang diri merenung masa depan.
Hanya di motor.
Remaja sekitar umurku lah juga.
Macam-macam jenis dressing. Menarik? Mungkin.
Tapi bukan jenis yang akan ku pakai.
Ada juga sekadar membawa buku dan membaca.
Membaca novel sambil menikmati angin petang.
Bagus taman ni, banyak kerusi meja untuk orang duduk-duduk.
Bagus dia, membaca.
"Bagus" juga, kerna meja dan kerusi tu pun turut digunakan macam-macam jenis orang.
Termasuk pemuda dan pemudi bermacam rupa.
Ada yang bertudung, bertopi, tak da pape, highlighted.
Duduk dekat-dekat, jauh-jauh pun ada,
tapi macam mana dekat pun, macam mana rapat,
tetap ada ruang untuk yang di tengah.
Ada lagi taman permainan kanak-kanak.
Lengkap macam-macam.
Seronok tengok orang-orang kat situ.
Kawasan ni, semestinya si ibu bapa bersama melayan anak.
Atau mungkin hanya si ibu, atau hanya si bapa.
Mungkinkah hanya si anak? Atau si anak bersama orang gaji sahaja?
Ibu bapa pun, macam-macam ada.
Dan melihat ibu bapanya, terfikir tentang si anak.
Kerna yang paling dekat dengan si anak pastinya mereka.
Besar matang dia, pastinya dengan bagaimana matangnya si ibu ayah melihat dunia.
Yang kenal dan tak kenal apa dunia ni sebenar.
(nampaknya banyak kali ku asyik sebut pasal ni.. adehh~)
Ada juga yang bawak anak pusing-pusing keliling taman.
Ada yang anak berkayuh basikal, mak ayah follow dan tengok.
Seronok juga tengok ibu bapa main badminton bersama.
Kadang-kadang take turn dengan si anak.
Kadang-kadang, anak menyibuk main sekali. Seronok.
Orang-orang tua, semestinya ada.
Berjoging, berjalan, duduk-duduk teman seumur dan berborak.
Ada yang laju, ada yang perlahan.
Yang sihat dan fit lagi cergas, yang nampak lemah dan tercungap-cungap.
Jasad dah tak sama macam dulu.
Satu nikmat yang ramai mereka dah hilang.
Masa yang sama, ramai juga yang kurang hargai jasad, sampailah masa nikmat tu hilang.
Pemuda pemudi generasiku. Membunuh badan sendiri.
Rokok?
(teringat BTN, ujian kecergasan. Umur fisiologikal ku 35-39 tahun.. umur baru 20.. ohh~)
Takpe pakcik makcik, jasad itu tetap ada untuk digerakkan.
Ada sorang pakcik tu, menarik ku tengok.
Joging pakai kopiah. Tak pernah ku buat.
Mungkin, sebab takut kopiah busuk, nanti tak best lak nak buat solat.
Takpe pakcik. Menzahirkan keislaman.
Pakcik makcik, kalau waktu pagi, best juga tengok.
Tai chi beramai-ramai.
Tak kira bangsa, semua join.
Orang-orang muda kadang-kadang join,
kadang-kadang tersengih tengok orang-orang tua dalam slow motion.
Ada yang serious. Ada yang main-main.
Takpelah. Asal bergerak.
Tapi ada juga yang duduk dan tengok je.
Takpelah. Angin pagi pun best.
Orang muda kan..
jadi mesti suka apa yang orang muda suka buat.
At one corner, macam ada satu lapangan.
Biasanya, adalah seorang yang bawak radio.
Lepas tu ramai-ramai join.
Wanita semua.
Senamrobik nampaknya.
Tapi, yang ku nampak, macam dance je?
Mana buang peluh camtu..
Dan, gerak badan yang.. erm.. pada ku..
tak best lah tayang tempat awam macam tu.
Malu den nengok eh.. Mereka? erm..
Aku terus joging.
Dan ramai juga terus berjoging.
Ada sorang brader, joging macam 4 round skali, ke 5?
Aku biasanya 2 or 3 je. 2 round sini sama macam 1 round KMB kot.
Aku kepancitan.. ohh~~
Dengan bantuan mp3 lah, aku boleh.
Boleh kata satu distraction dari rasa letih,
maka tiap kali joging, ku perlukan mp3 player tu.
Kalau tak, lagi laa pancit.
Setelah kepancitan, biasanya ku akan jalan-jalan cooling down dan lepak jap di jambatan.
Jambatan tempat tumpuan juga biasanya.
Sebab? Ikan-ikan yang dulu cukup kering, sekarang gemuk tahap apa.
Masa mula-mula buka taman ni, melompat-lompat ikan-ikan berebut makanan yang dicampak.
Kecik-kecik. Macam berebut apa je.
(Teringat budak-budak Kemboja. yeap.. close enuff seperti itu)
Sampai hari ni, tiap-tiap hari ada yang mencampak roti.
Ikan-ikan dah gemuk. Malas melompat dan berebut.
Mungkin kerna tau, mesti dapat makan, sebab hari-hari ada orang bagi makan.
"Give me a fish and I'll eat for a day. Teach me to fish, and I'll eat for a lifetime".
Ohh~ fishies...
Manusia sama juga kan? Suap masa zaman sekolah.
Atau, kita yang di"suap" dengan Islam sejak kecil,
tak mengenal erti "makanan" tersebut?
Semua orang suka tengok ikan tu.
Ada sorang pakcik angkat anak dia ke bendul (betul ke term ni?) jambatan tu.
Otak mula berputar terbayang macam mana kalau si anak jatuh.
Kelam kabut. Apa-apa jadi, adakah si isteri akan menyalahkan si suami?
Atau redha dengan ujian dari Dia?
Heh. Anak-anak cukup suka tengok ikan. Cukup suka bagi ikan makan.
Pakcik makcik juga.
Muda mudi juga, menghabiskan masa bersama.
Seronok. Mungkin menambah makna pada pertemuan mereka.
Maknanya? Entah.
Ada juga yang sekadar memandang.
Aku juga. (takda teman. ha ha~)
Memandang dan mencari ketenangan.
Ramai begitu.
Orang kata, elemen air ni boleh bawa ketenangan.
Bunyi-bunyi air. Ikan-ikan. Cukup sekadar pandang.
Dan menikmati. Menghayati.
Ramai yang menemui ketenangan tu.
Cuma aku terfikir,
tahukah mereka dari mana datangnya ketenangan tu?
Dari ikan-ikan? Dari riak air di tasik buatan tu?
Dari tindak balas bahan kimia dalam otak? Dopamine?
Atau dari Yang Menciptakan, yang mencipta ketenangan tu?
harapnya mereka tahu.
Penglihatan dan pendengaran itu, adalah untuk kita berfikir dan menghayati,
lalu mengenal Dia.
Moga tidak hanya melihat dan mendengar, hayati tanpa berfikir.
Perihal di taman.
Setiap lapis umur ada.
Dan setiap lapis tu ada macam-macam jenis.
Masing-masing ada cerita masing-masing, drama tersendiri.
Dan aku hanya penonton. ohh~
Satu cara, ku kira, untuk menilai persepsi kita pada Islam, atau pada sesuatu ideologi,
adalah lihat satu kawasan dengan membayangkan macam mana agaknya kalau idea itu diterima semua.
Pernah dulu ku terbayang taman ini,
yang nampak semua orang berjubah putih dan berserban.
Takda rumaja rumaji ber"tiga". Semua berserban, bertudung labuh.
Muka semua serious.
"Hidup ni bukan untuk main-main!"
Masa tu fikir.. macam tak logik je.. aku kira, sempit juga pemikiran masa tu..
Islam hanya sekadar tu.
Dan, tak logik tu mungkin sebab dah terbiasa keadaan begini.
Macam.. pelik je kalau semua macam tu.
Nilai perspektif kita pada Islam, cuba dengan cara ni.
Cuba bayang kawasan komuter, di stesen dan juga dalam komuter tu sendiri.
Supermarket. Mall. Taman perumahan anda.
Macam mana keadaan dia kalau semua orang menerima Islam.
Itu persepsi kita. Itu vision kita dengan Islam.
Persoalan kedua, adakah persepsi itu, adalah Islam yang sebenar?
p/s: aku pulang dengan mp3 player masih berdentum dalam telinga.
pakai helmet dan karaoke kuat-kuat sebab tak ada orang dengar, so x kesah.
nyanyi sorang2 lagu "aku ingin mencintaiMu" (ni tak jiwang eh~.. best~! my fav skang), "menjadi diriku", dan juga "nantikan ku di batas waktu" (haha.. yang ni jiwang sket..).. edcoustic~~
tetiba suka lak lagu2 dia.. heh.. nyanyi time orang ada x best lak.. sore bukan sedap..
cam bahaya je bawak motor camni.. kang orang hon tak dengar... huhu...
hamdanlillah, masih selamat sampai kini..
pps: aku masih dengan kasut Metrix.. ho ho.. berjasa sungguh~
yang mudah peluh -.-! ,